PERNIAGAAN

perniagaan

Sistem eLesen

30,000 Benih Ikan Dilepaskan

Written by Super User. Posted in Berita Terkini

22/4/2016 - Kulim -  Sebanyak 30,000 benih ikan lampam dilepaskan dalam kawasan perairan umum Sungai Kerian, di Kampung Lubuk Buntar , bagi meningkatkan hasil tangkapan nelayan darat di kawasan itu, semalam.

   Pegawai Daerah Bandar Baharu  Mohamad Che Nai berkata, benih ikan yang dilepaskan oleh Jabatan Perikanan Kedah yang diambil dari Pusat Ternakan dan Pembiakan Ikan Bukit Tinggi Pahang.

   Menurutnya , perlepasan itu dilakukan bagi menambah stok spesies ikan tersebut yang mempunyai nilai komersial yang tinggi dan mendapat permintaan ramai.

 

berita

 " Ikan ini adalah spesies yang digemari ramai dan harganya juga agak tinggi selain mendapat permintaan secara meluas.

   "Jadi kita harap dengan perlepasan anak benih sebanyak 30,000 ekor ini, ia dapat memperbanyakkan spesies ini dan sudah tentu memberi manfaat kepada semua nelayan darat", katanya.

    Malah, menurutnya hasil yang bakal dikutip selepas enam bulan boleh mencecah lebih 60 peratus daripada jumlah perlepasan benih ikan.

    " Kita harap lebih 60 peratus anak ikan ini hidup dan berlaku pembiakan ikan baru, untuk meningkatkan hasil tangkapan ikan darat kepada nelayan", katanya.

      Tambahnya, usaha yang dilakukan itu juga adalah idea kerajaan dalam membantu rakyat meningkatkan ekonomi.

       "Kalau hasil tangkapan makin meningkat golongan nelayan juga menjadikannya produk hiliran secara kecil kecilan seperti perusahaan ikan pekasam dan ikan kering yang sudah pasti mempunyai nilai komersial yang agak tinggi", katanya.

        Disamping itu, katanya, ia juga akan menjadi sasaran kaki pancing dan pelancong untuk mengambil peluang mengisi hobi mereka dengan datang ke sini.

        Mohamad juga berkata, pihak Pentadbiran Daerah Bandar Baharu juga sedang merancang bebereapa projek untuk membantu ahli Persatuan Nelayan Darat (Penada) Bandar Baharu.

        "Kata memang telah lama merancang adakah pusat pengumpulan hasil sungai seperti udang galah dan ikan darat bagi memudahkan ahli Penada menjual hasil tangkapan mereka', katanya.

SUMBER: SINAR HARIAN - UTARA

 

Scan QR KOD

Pautan

Lambang Kedah kecik1malaysia-pngmscMyGovernmentmampu1JPAHRMISgov

Media

 

Video Audio


       

 

Pelawat

184968
Hari IniHari Ini17
SemalamSemalam56
Minggu IniMinggu Ini1
Bulan IniBulan Ini995
KeseluruhanKeseluruhan184968

Kemaskini

Tarikh
General update: 25-05-2016 07:53
Adakah anda berpuashati dengan perkhidmatan kauntar kami?
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
Total Votes:
First Vote:
Last Vote: