PERNIAGAAN

perniagaan

Sistem eLesen

Mengenai Kami

Written by Super User. Posted in Uncategorised

KEDUDUKAN

Bandar Baharu merupakan sebuah daerah kecil dari sebelas daerah yang terdapat di Negeri Kedah Darul Aman. Daerah ini terletak di Selatan Negeri Kedah bersempadan dengan Perak Utara (Daerah Kerian) dan Seberang Perai Selatan (Daerah Jawi). Sungai Kerian menjadi pemisah atau sempadan dia antara Utara Perak dan Selatan Kedah. Keluasan Daerah Bandar Baharu adalah 27,126.98 hektar.

Bangunan asal Pejabat Daerah Bandar Baharu 1983 1997

Bangunan asal Pejabat Daerah Bandar Baharu (1983 – 1997)

1997

 

        Bangunan Pejabat Daerah Bandar Mulai 1997

Bangunan Pejabat Daerah Bandar Baharu Yang Terbaru

 

Bangunan Pejabat Daerah Bandar Baharu Yang Terbaru

 

 

  BIL MUKIM KELUASAN (HEKTAR)
1 BAGAN SAMAK 6824.60
2 SERDANG 7521.10
3 SUNGAI KECHIL HILIR 2266.20
4 SELAMA 2893.00
5 SUNGAI BATU 3447.40
          6 RELAU 2638.50
JUMLAH

27126.98

DAERAH BANDAR BAHARU

Di bawah pentadbiran Daerah Bandar Baharu, terbentuk 6 mukim iaitu:

  1. Mukim Bagan Samak
  2. Mukim Sungai Kecil Ilir
  3. Mukim Relau
  4. Mukim Serdang
  5. Mukim Kuala Selama
  6. Mukim Sungai Batu

 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN OLEH PEJABAT DAERAH

BANDAR BAHARU

1.UNIT PENTADBIRAN

  • Menerima dan membuka surat-surat biasa yang di alamat ke pejabat nekakyu pos dan dispatch
  • Menerima dan menyimpan Buku-buku Daftar Penerimaan Surat-surat Berdaftar dab SULIT.
  • Merangka jawapan kepada Surat-surat Rasmi untuk jawapan
  • Merangka jawapan kepada soalan-soalan audit
  • Bertanggungjawab menyelia atau mengawal dan menyelaraskan kerja-kerja diantara cawangan.
  • Mengawasi permohonan-permohonan dan perkaara-perkara mengenai rumah-rumah kediaman kerajaan
  • Mengurus kerja-kerja permohonan mendapat lesen minuman yang memabukkan .
  • Mengemaskini semua hal-hal bersangkut dengan kakitangan yang melibatkan Buku Perkhidmatan Gaji, Cuti, kematian, persaraan dan lain-lain.
  • Menyelenggarakan Buku Panjar Wang Runcit
  • Membayar Pencen-pencen dan Gaji semasa ketiadaan Kerani Kewangan
  • Memasukkan Perolehan ke dalam Bank atau simpan di Balai Polis sekiranya bank ditutup (semasa ketiadaan Pembantu Tadbir (Kewangan)).
  • Penyediaan Anggaran Belanjawan Tahunan.
  • Mengawasi pergerakan kakitangan dan memastikan keseluruhan jentera pejabat berjalan dengan baik dan teratur.

2.UNIT HASIL

       Menerima kutipan hasil, mengeluarkan resit dan mematikan setem.

       Peranan

       Mengutip hasil seperti :-

  • Cukai Hiburan
  • Kedai Billiard
  • Kedai Minuman Keras
  • Wayang Gambar
  • Lesen Hiburan
  • Bayaran-bayaran lain
  • Sewa Bangunan/Kantin
  • Menyediakan slip masuk bank
  • Menyediakan Penyata Pemungut
  • Menyediakan Penyata Setem Bulanan
  • Menyediakan Penyata Hasil Bulanan
  • Menyediakan Anggaran Hasil
  • Memproses borang-borang permohonan
  • Membuat penilaian ke atas borang-borang yang hendak dibuat pindahmilik dan menjawab surat-surat tersebut
  • Membuat Penyata Bulanan

3.UNIT HASIL (PERUMAHAN)

Menerima wang kutipan sewa rumah dari penghuni Rancangan Perumahan Awam Daerah Bandar Baharu.

Peranan/Fungsi

  •  Mengutip Hasil
  •  Mengeluarkan resit
  •  Menyediakan slip untuk memasukkan wang ke dalam bank.
  •  Menyediakan Penyata Harian
  •  Menyediakan Penyata Pemungut
  •  Menyediakan Penyata Bulanan untuk Odit
  •  Semak Flimsy dan hantar ke Perbendaharaan

4. UNIT KEWANGAN

  •  Menyediakan anggaran belanjawan tahunan
  •  Menyediakan gaji bulanan kakitangan Pejabat Daerah Bandar Baharu
  •  Menyediakan baucar tuntutan perjalanan dan elaun lebih masa kakitangan Pejabat Daerah Bandar Baharu.
  •  Menyediakan baucar-baucar bayaran bil-bil, seperti bil air, elektrik, telefon dan lain-lain. Menyediakan Borang A-KWSP   kakitangan Pejabat Daerah Bandar Baharu.
  •  Menerima surat berdaftar dan merekodnya ke dalam buku semua butir yang perlu seperti No. daftar, dari siapa, nombor cek,  tarikh dan amaunnya serta penerima.
  • Bayar cek-cek kepada yang berkenaan
  • Mengeluarkan Pesanan Kerajaan untuk membeli barang-barang atau memesan perkhidmatan yang perlu, serta menyediakan baucar bayaran selepas itu. Mengemaskini Buku Peruntukan.
  • Menyemak Flimsy setiap bulan.

    5. PEMBANGUNAN

   Mengeluarkan Pesanan Keraian/Inden, Baucar Bayaran, Laporan dan Daftar PPRT serta Menyediakan Surat-surat Menyurat    yang berkaitan.

    PERANAN

  •   Projek-projek Kecil/Keagamaan, Program Jalan Kampung
  •   Menyediakan Pesanan Kerajaan (LO) Inden untuk projek berikut :-
    • Projek Kecil/Keagamaan
    • Projek Menaikakan Taraf Jalan Bandar Baharu
    • Projek Kecil AN Parlimen
    • Projek Kecil AN Dewan Undangan Negeri
    • Menyediakan baucar-baucar bayaran projek-projek di atas
    • Menyelenggara Buku Vot Projek–Projek Pembangunan
    • Menyediakan Laporan Projek-projek berikut :-
      • Laporan Mingguan Projek Kecil/Keagamaan
      • Laporan Bulanan Projek AN Parlimen
      • Laporan Tahunan untuk semua projek-projek yang telah diluluskan
      • Menyediakan Program-program Daerah Bandar Baharu seperti berikut :-
        • Menyediakan senarai perlantikkan JKKK Daerah Bandar Baharu
        • Mengendalikan Minit Mesyuarat  JKKK Daerah Bandar Baharu
        • Membuat surat menyurat berkaitan JKKK Daerah Bandar Baharu
        • Mencatat dan menyediakan minit Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Daerah Bandar Baharu

JUMLAH PENDUDUK PELBAGAI KAUM BAGI SETIAP MUKIM DI 

DAERAH  BANDAR BAHARU PADA TAHUN 2010

 

Perpaduan yang baik menghasilkan kehidupan yang harmoni dan aman damai bagi masyarakat Malaysia. Kehidupan saling tolong menolong mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara satu sama lain. Selain itu, pelbagai budaya atau adat istiadat daripada kaum yang berlainan dapat membantu memperkukuhkan ekonomi Malaysia dari segi pelancongan kerana Malaysia terkenal dengan pelbagai budaya kemasyarakatan yang harmoni. Daerah Bandar Baharu mempunyai pelbagai etnik dan kaum yang berbilang bangsa. Majoriti populasi penduduk di kawasan Daerah Bandar Baharu dimonopoli oleh kaum Melayu, Bumiputera, diikuti kaum Cina dan India serta mempunyai lain-lain kaum. Di sini terdapat senarai jumlah penduduk pelbagai kaum bagi setiap mukim di daerah Bandar Baharu :-

MUKIM MELAYU BUMIPUTERA CINA INDIA LAIN-LAIN JUMLAH
BAGAN SAMAK 13 206 16 1 809 384 12 15 427
SERDANG 7 638 9 1 798 1 355 32 10 832
SELAMA 3 027 2 905 702 5 4 641
SUNGAI BATU 3 126 - 5 177 - 3 308
RELAU 3 665 - 4 5 - 3 674
SUNGAI KECIL ILIR 2 723 - 64 7 1 2 795
JUMLAH 33 385 27 4585 2630 50 40 677

Scan QR KOD

Pautan

Lambang Kedah kecik1malaysia-pngmscMyGovernmentmampu1JPAHRMISgov

Media

 

Video Audio


       

 

Pelawat

184968
Hari IniHari Ini17
SemalamSemalam56
Minggu IniMinggu Ini1
Bulan IniBulan Ini995
KeseluruhanKeseluruhan184968

Kemaskini

Tarikh
General update: 25-05-2016 07:53
Adakah anda berpuashati dengan perkhidmatan kauntar kami?
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
Total Votes:
First Vote:
Last Vote: